Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa kerajaan untuk memberi penjelasan berhubungan kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan.
Gesaan tersebut berikutan siasatan ke atas Hakim Nazlan masih lagi tiada perkembangan walaupun didakwa berlakunya kesalahan ke atas beliau.
“UMNO pernah menggesa SPRM mengesahkan atau menafikan keabsahan dokumen siasatan kes membabitkan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
“Dokumen itu tular di media sosial. Dokumen itu dipercayai kertas siasatan yang mendakwa berlakunya kesalahan di bawah Seksyen 220 Kanun Keseksaan,” kata Puad menerusi hantaran di Facebooknya.
Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui kenyataan rasmi bertarikh 21 Mei 2022 telah mengesahkan siasatan mengenai kes melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan telah diselesaikan.
Namun begitu. Puad menekankan, masih tiada sebarang perkembangan walaupun gesaan tersebut disuarakan sejak tujuh bulan yang lalu oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
“Tetapi SPRM senyap. Pejabat Peguam Negara pun senyap. Diharap kerajaan tampil beri penjelasan,” tambah beliau.
Discussion about this post