Kes dera melibatkan pembantu rumah, Adelina Lisao dari Indonesia kembali mendapat perhatian apabila mahkamah memutuskan untuk membebaskan majikannya, M.A Ambika baru-baru ini tanpa sebarang dakwaan.
Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menegaskan kes tersebut adalah hal yang memalukan negara kerana Peguam Negara dibawah Pakatan Harapan (PH) bersikap sambil lewa apabila mengendalikan kes serius ini.
“Memalukan negara. Semacam Peguam Negara PH tidak ada sistem fail dan catitan,” tegas Shahrir Samad menerusi posting di Facebooknya.
Beliau juga mempersoalkan penjelasan yang tidak dapat diberikan oleh pendakwa raya punca dan sebab pendakwaan asal terhadap majikan Adelina ditarik balik yang pada awalnya dilakukan oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas.
Hakikat sebenar yang menjadi antara sebab majikan Adelina dibebaskan apabila Peguam Negara tidak mempunyai sebarang catitan mengenai kes tersebut sekaligus menjadikan Peguam Negara sedia ada tidak peka dengan tindakan Peguam Negara sebelumnya.
“Inilah cara Peguam Negara menggunakan kuasanya dibawah Perlembagaan! Ikut suka sahaja,” ujar Shahrir Hamdan.
Selain itu, kes Adelia juga menjurus kepada kesan negatif terhadap 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia apabila Indonesia sendiri meluahkan rasa kecewa dengan keputusan yang diputuskan oleh sistem perundangan Malaysia.
Kesan lain pula ialah dari segi warga Indonesia yang bakal dihantar ke Malaysia atas urusan menjadi pembantu rumah juga terhalang dek tindakan Tan Sri Tommy Thomas yang menimbulkan pelbagai persoalan.
“Persepsi pihak Indonesia terhadap sistem undang-undang negara kita bertukar negatif apabila tidak ada sesiapa, termasuk majikan kepada Adelina Lisao, langsung didakwa,” tambah Shahrir Samad lagi.
Sebagai info, majikan Adelina Lisao, M.A Ambika telah didakwa membunuh pembantu rumahnya pada 2018 namun dilepaskan oleh Tan Sri Tommy Thomas tanpa dibebaskan.
Kes ini wajar diberi perhatian yang menyeluruh demi mendapatkan keadilan sekaligus tidak memperlihatkan sudut negatif undang-undang Malaysia kepada negara luar.
Discussion about this post