Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan bahawa kesemua Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Rakyat seramai 43 orang akan terus memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi ke atas belanjawan 2021 yang akan dibentangkan jumaat ini.
Katanya Mesyuarat yang berlangsung pada 3hb November 2020 telah bersetuju sebulat suara akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi ke atas Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6hb November 2020, begitu juga dengan semua Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibentangkan Oleh pihak kerajaan
Tambah Ahmad Zahid melalui surat yang diutuskan kepada Perdana Menteri itu, kesemua ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional juga bersetuju supaya Perdana Menteri mempertimbangkan perlanjutan tempoh Moratorium untuk tempoh 6 bulan lagi serta meluluskan pengeluaran sejumlah wang akaun 1 kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak.
Berikut adalah kenyataan penuh Pengerusi Barisan Nasional
Discussion about this post