Barisan Nasional (BN) satu-satunya gabungan politik yang memiliki asas paling kukuh dan berkesan untuk mentadbir negara, tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Asasnya yang harmoni, seimbang dan menyeluruh telah begitu lama terbina sejak penubuhannya.
“Asas tersebut yang berfungsi sebagai struktur kepada kestabilan dan kemakmuran Malaysia selama ini,” kata Zahid Hamidi menerusi posting di Facebooknya.
Ujarnya, disebabkan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan ke atas BN sekaligus menjadikan asas yang dipertahankan selama ini roboh dan seterusnya menjadi impian baru BN untuk terus bersama rakyat dalam mengembalikan asas kestabilan negara.
Selain itu, BN juga berhasrat untuk membina semula proses memajukan negara dan bangsa yang telah ketinggalan sejak 9 Mei 2018 lalu.
“Kestabilan juga kunci utama untuk negara mendepani pelbagai cabaran sedia ada dan mendatang.
“Ketidaktentuan ekonomi, krisis kesihatan, konflik geopolitik dan lain-lain yang merungsingkan,” ujarnya.
Justeru, Zahid Hamidi menyeru kepada semua penyokong BN untuk terus meletakkan keyakinan 100% terhadap pentingnya menggabungkan politik menjadi kembali dominan yakin kepada BN gabungan politik yang paling berwibawa serta berpengalaman untuk mentadbir.
Berbeza dengan gabungan politik lain yang jelasnya hanyalah percaturan politik untuk merebut kuasa dan kedudukan semata demi kepentingan sendiri.
“Sukar untuk kita meyakinkan pihak lain terhadap BN andai diri sendiri tidak 100% yakin terhadap BN.
“Justeru pendokong BN tidak boleh terkurang keyakinan. Berkat keyakinan InsyaAllah akan menterjemahkan kejayaan,” tegas Zahid Hamidi lagi.
Discussion about this post