Ketua Bahagian Bersatu Mersing, Laili Yusof mengumumkan keluar parti dan memilih menyertai UMNO hari ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas hilang kepercayaan kepada parti Bersatu yang telah lari dari prinsip asal perjuangan parti.
“Saya Laili Yusof, Ketua Bahagian Ketua Bersatu Mersing dan pengarah pilihanraya N32 dengan rasa semangat tawaduk keinsafan dan sedar umumkan untuk melepaskan jawatan kami dan keluar dari parti Bersatu.
“Walaupun keputusan terburu-buru tatkala berlangsung PRN Johor sebenarnya ia dibuat setelah ambil kira sewajarnya dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.
“Sejujurnya saya telah hilang kepercayaan kepada parti Bersatu yang lari dari prinsip asal parti. Bagi kami parti Bersatu tiada hala tuju yang kukuh. kami rasakan penyertaan dan perjuangan kami selama ini hanya sia-sia menguntungkan beberapa pihak sahaja.
“Saya harap keputusan kami ambil ini menjadi ikhtibar rakan-rakan di negeri Johor yang berdaulat ini.
“Dengan ini kami ingin nyatakan hasrat kembali ke landasan asal sekaligus kembali sokong calon BN DUN Endau dan DUN Tenggaroh. Kami memilih untuk kestabilan masa depan,” katanya di Endau hari ini.
Discussion about this post