Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak membidas kenyataan Ketua Armada Bersatu yang telah mengaitkan dirinya dengan Siti Bainun tertuduh yang mendera Bella.
”Saya tahu pihak sebelah sana cuba kaitkan saya dengan #JusticeForBella sebab saya pernah hadir dalam sebuah majlis yang dianjur Puteri UMNO 6 tahun dahulu pada tahun 2016 di mana Siti Bainun, diberi Anugerah Khas.
“Sebab saya pernah hadir satu majlis yang dianjurkan orang lain, kamu nak kaitkan dengan saya? Bos kamu Muhyiddin dulu pun dalam parti saya.
“Sekarang kamu gelar saya ‘perompak’. Kamu nak kaitkan Muhyiddin dengan ‘perompak’ sebab dia pernah dalam kabinet dan parti saya tak?,” bidas Najib menerusi catatan Facebooknya baru-baru ini.
Najib menyifatkan tuduhan Wan Fayhsal Wan Ahmad itu hanyalah kerana terdesak dan sengaja memburukkan namanya.
Berdasarkan laporan media, Wan Ahmad dilihat sengaja mengaitkan diri Najib dengan #JusticeForBella kerana kehadiran dirinya dalam sebuah majlis yang dianjur Puteri UMNO pada enam tahun dahulu ketika SIti Bainun diberi Anugerah Khas.
“Sebab itu, ianya lebih elok untuk bertanya terus kepada Ketua Puteri UMNO tahun 2016 yang sudah lompat ke PPBM. WAF, tanyalah kawan kamu sekarang,” tulis Najib lagi.
Dalam masa yang sama, kata Najib lagi Siti Bainun yang dituduh atas satu tuduhan mendera kanak-kanak syndrome down telah disabitkan kesalahan antara bulan Februari hingga Jun 2021 iaitu ketika ‘Perintah Kawalan Pergerakkan separuh masak.
Najib juga mempersoalkan perkaitan antara beliau dengan Siti Bainun setelah lima tahun lalu kerana menghadiri majlis tersebut lebih-lebih lagi ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Presiden UMNO.
“Yang calonkan dia pula ialah Ketua Puteri UMNO yang telah melompat ke PPBM sejurus selepas PRU14,” tegas Najib lagi.
Discussion about this post