Keunikan budaya dan adat resam pelbagai bangsa di sekitar Alor Gajah akan diangkat serta dimartabatkan selari dengan manifesto calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Shahril berkata, beliau turut mengambil berat masalah dan kekurangan yang dihadapi penduduk setempat ketika beramah mesra bersama warga Pangsapuri Koperasi Machap Baru selepas mengadakan ‘Walkabout’ di Mei Hua semalam.
“Saya juga ambil maklum berkenaan masalah yang diadukan seperti keperluan pendingin hawa di Dewan SJKC Machap Baru dan tanah perkuburan Cina yang hampir penuh dalam masa beberapa tahun serta keperluan van untuk kegunaan orang Buddha,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Pada program tersebeut, beliau turut beramah mesra bersama ahli Persatuan Tarian Singa BSMM Machap Baru.
Tambahnya, masalah dan im[pian warga Pangsapuri Koperasi Machap Baru boleh diselesaikan sekiranya beliau diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Alor Gajah.
Discussion about this post