“Wah! Tak sabar sangat nampaknya Abang Lid nak jadi menteri balik, sampai terdesak kena bersandiwara juga,” bidas Pemuda BN Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyindir Pengarah Komunikasi PKR, Khalid Samad ekoran mendakwa 30 anggota parlimen UMNO menyokong Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.
Asyraf yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menegaskan bahawa kalau betul 30 orang ahli parlimen UMNO sokong Anwar, dedahkan nama-nama mereka.
“Dengan YDP Agong pun Anwar Ibrahim boleh bersandiwara dengan hanya membawa ‘numbers’ bukan ‘names’ (senarai nama), apatah lagi rakyat.
“Seperti yang dipertegaskan, keputusan Majlis Tertinggi UMNO sehingga hari ini tidak pernah berubah iaitu UMNO tidak sesekali menyokong Anwar dan Dap (No Anwar, No Dap!)
Wah! Tak sabar sangat nampaknya Abang Lid nak jadi Menteri balik, sampai terdesak kena bersandiwara juga. Kalau betul 30…
Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Thursday, October 15, 2020
“Apakah kalian mahu Kerajaan PH kembali berkuasa?” katanya lagi yang turut menyertakan tanda pagar #kekaltenang dan #kekalmuafakat.
Terdahulu, Khalid dalam sebuah portal memaklumkan bahawa jumlah sokongan terhadap Anwar ialah sebanyak 122 dengan UMNO melibatkan sejumlah 30 dan yang lain ialah 39 daripada PKR, DAP (42) serta Amanah (11).
Namun akhirnya beliau mengakui bahawa ianya anggaran beliau dan secara resminya kenyataannya itu sepatutnya hanya menyebut “surat sokongan ketua-ketua parti dipersembahkan DSAI kepada YDPA termasuk sejumlah MP UMNO katanya melalui ciapan twitter beliau.
Discussion about this post