Keputusan Dewan Tertinggi BN secara konsensus menamakan saya sebagai Setiausaha Agung (SUA) BN yang baharu, diterima dengan perasaan rendah diri dan sedar akan tanggungan amanah yang diberikan ujar Setiausaha agung Barisan Nasional Datuk Seri Diraja Dr Zambri Abdul Kadir.
Katanya tugas sebagai SUA adalah untuk mengendali urusan dan perjalanan pentadbiran BN dan membantu pimpinan utama komponen BN di peringkat pusat, negeri dan parlimen.
” Justeru bagi menyempurnakan tanggungjawab baharu ini, kita perlukan solidariti dan keteguhan semua peringkat pimpinan dan ahli BN akar umbi bagi menjayakan cita-cita bersama”.
“ BN adalah citra pembentukan persefahaman politik bagi sebuah negara Malaysia yang mempunyai keunikan kepelbagaian demografi, etnik, agama dan wilayah” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Zambri lagi usaha untuk memperkukuhkan BN sebagai mewakili kesegaran wajah politik masakini dan keteguhan semangat baru adalah menjadi keutamaan.
“ Memperbaiki kekurangan, memperbetulkan matlamat, dan membina semula kekuatan parti ditengah-tengah kedinamikan politik baru dan kepintaran kuasa media sosial akan dijadikan panduan”
“ Selaku SUA yang baru saya akur ia adalah tanggungjawab yang besar dan mencabar. Lantaran itu prinsip “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” akan menjadi amalan, disulami dengan semangat musyawarah dan pembinaan konsensus (consensus building)”.
Dalam pada itum beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua yang telah memberikan ucapan sempena perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agung itu.
“ Terima kasih semua atas pesanan dan mesej melalui medsos. Segala ucapan tahniah, nasihat dan kritikan baik dan destruktif tetap saya santuni sebagai panduan untuk memulakan langkah yang penuh dengan cabaran”.
Selaku SUA yang baharu, saya mendoakan agar diberi kekuatan dan petunjuk serta hidayah Ilahi bagi melakukan yang terbaik kepada BN dan demi kemaslahatan rakyat dan negara katanya.
.
Discussion about this post