Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 akan ditubuhkan bagi memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh dengan kadar segera, selamat dan sempurna.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penubuhan jawatankuasa itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.
Beliau berkata, dia akan mengetuai jawatankuasa khas itu secara bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba bagi tujuan menyediakan rangka kerja dan pelan perolehan serta pengagihan vaksin Covid-19 apabila diluluskan untuk kegunaan di Malaysia.
“Menerusi jawatankuasa itu, beberapa Jawatankuasa Kecil (JKK) dengan skop tugas akan turut dibentuk merentasi pelbagai kementerian dan agensi bagi memudah cara dan mempercepatkan pelaksanaan tugas ini.
Cabinet agreed today to the establishment of a special taskforce co-chaired by ministers of @KKMPutrajaya & @officialmosti to coordinate securing Covid-19 vaccine supply & oversee immunisation programme for Malaysians. We must plan ahead for when we receive the vaccines. pic.twitter.com/fWlTZ3cGOD
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 14, 2020
“Skop tugas JKK termasuklah pemilihan vaksin, komunikasi, pendaftaran dan kelulusan, kewangan, penstoran, logistik dan pengangkutan serta pengagihan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan semalam
Khairy berkata, keputusan penubuhan jawatankuasa khas itu adalah penting bagi memastikan persediaan awal yang rapi dibuat sebelum bekalan vaksin diterima untuk kegunaan seluruh rakyat Malaysia.
Baru-baru ini juga BnNews melaporkan China bersetuju mengutamakan Malaysia sebagai penerima vaksin Covid-19 yang dibangunkan negara itu.
Discussion about this post