Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerima kunjungan hormat Pengarah Eksekutif Burma Human Rights Network (BHRN), Kyaw Win @ Muhamad Shoib di Pejabat UMNO hari ini.
BHRN yang berpengkalan di London, beroperasi di banyak tempat di Myanmar dengan misi utama untuk menyebarkan kesedaran di peringkat antarabangsa tentang penindasan, pembunuhan dan penghapusan etnik terutama masyarakat Islam Rohingya.
Beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Malaysia kerana sangat prihatin dan menentang kekejaman yang berlaku terhadap rakyatnya.
Di samping itu, Muhamad Shoib juga turut berharap agar rakyat Burma yang menumpang di Malaysia dapat diberikan pendidikan dan perlindungan.
Terdapat 2.5 juta Muslim terpaksa meninggalkan Burma, menjadi pelarian di beberapa negara kerana pembunuhan berlaku pada setiap hari terhadap 7 juta Muslim yg ada.
Myanmar kini adalah negara pemerintahan tentera sejak rampasan kuasa pada 1/2/21 dan masih bergolak pada setiap masa.
Discussion about this post