Menggesa agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terus menitip di bibir semua perwakilan yang hadir.
Rata-rata semua yang hadir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 menyokong setiap bait ucapan yang dilafazkan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta semua pucuk pimpinan dan ketua-ketua sayap yang mahukan PRU 15 diadakan dalam masa terdekat.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Khairul Anuar Din turut senada dan mahukan semua akar umbi untuk bersatu dan elak daripada perpecahan demi kestabilan negara.
“Kita menyambut baik ucapan Presiden UMNO. Saya amat tertarik apabila YB Dato’ Seri Presiden memberi penekanan soal maslahat rakyat.
“Pelbagai isu ekonomi dan kesejahteraan rakyat diangkat dalam PAU kali ini. UMNO sentiasa menjadi citra perjuangan orang Melayu dan Islam serta rakyat keseluruhan.
“Dalam masa yang sama, secara bersahaja tetapi tegas, Presiden mengingatkan untuk hentikan kerja-kerja yang boleh memecahbelahkan parti, dan fokus kepada membina kekuatan parti menghadapi PRU15,” katanya.
Sehubungan itu, beliau turut mahukan PRU15 disegerakan demi kesejahteraan rakyat.
“Sebagai Ketua Pemuda Larut, saya sangat bersetuju agar pilihanraya umum disegerakan untuk mengembalikan kestabilan negara, kerana dengan kestabilan sajalah mampu mengembalikan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.
“Jadi saya menyeru agar kita semua fokus dahulu kepada PRU sebelum menyusun untuk pemilihan parti,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, salah seorang pembahas menyokong usul ucapan dasar presiden UMNO, Datuk Othman Aziz, juga mahu parti menguatkan jentera siber termasuk ‘menayangkan’ kembali kegagalan pemerintahan Pakatan harapa (PH) selama 22 bulan.
“Apa yang depa (PH) buat ganggu institusi seperti ‘menjarah’ Tabung Haji, Petronas dan sebagainya. Kena peringat balik kepada pengundi,” katanya.
Beliau juga pada masa, mahu BN Comms memainkan peranan kerana parti kena mengingatkan pengundi jangan tersalah pilih dan menjadikannya satu iktibar.
Discussion about this post