Sejak pelaksanaannya hingga semalam, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menyaksikan 7,039,072 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 5,072,714 penerima dos pertama dan 1,966,358 individu menerima suntikan dos kedua vaksin.
“Sebanyak 215,968 suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam,” katanya dalam hantaran Twitter beliau pada Sabtu.
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 25 Jun 2021 ialah 7,039,072 dos.
215,968 dos pada 25 Jun.
Jumlah yang terima dos pertama ialah 5,072,714 orang. Daripada jumlah itu, 1,966,358 orang juga terima dos kedua.
Daftar di MySejahtera, https://t.co/jWUzMEwwWM, Tel 1800888828 pic.twitter.com/VHse5VQZkH
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) June 26, 2021
Dr Adham berkata, daripada jumlah suntikan vaksin yang diberikan pada Jumaat, 148, 380 merupakan dos pertama manakala 67,588 adalah suntikan dos kedua pelengkap vaksinasi.
Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan dua dos vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 262,635, diikuti Sarawak (202,741), Johor (201,340), Perak (181,545) dan Kuala Lumpur (170,594). – Bernama
Discussion about this post