Wanita UMNO yakin dan optimis terhadap lima ikhtiar yang dianggap sebagai realistik serta mampu digapai Barisan Nasional (BN) melalui pengalaman mentadbir kerajaan Negeri Johor.
Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata, sememangnya ikhtiar BN Johor ini adalah untuk semua rakyat ini bagi menjadikan Johor negeri makmur didukung oleh naratif politik baharu yang matang lagi kukuh platformnya.
“Lima ikhtiar BN Johor ini sangat diyakini akan membawa kemakmuran dalam negeri Johor diiringi dengan ekonomi yang mampan dan maju.
“Selain ekonomi yang stabil dan bercambah pesat serta infrastruktur yang lebih moden dan kondusif demi keselesaan rakyat johor yang dikasihi,” katanya.
Beliau berkata, usahlah kita menoleh kebelakang kerana sudah tiba masanya membuang yang keroh dan terus menyokong BN.
“Ini kerana sudah pastinya hanya dengan mengundi BN mampu menentukan masa depan yang stabil buat negeri Johor kita ini,” katanya.
Kelmarin Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad membentangkan lima ikhtiar Johor sekiranya BN menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ia bertemakan “Kestabilan Masa Depan’” bagi mewujudkan Johor yang lebih makmur meliputi pelbagai lapisan masyarakat khususnya Orang Muda Johor yang dikenali sebagai OMJ dan warga Felda.
Lima ikhtiar BN Johor ini adalah melibatkan mengenai kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, ikhtiar khusus untuk OMJ, ikhtiar untuk membudayakan pentadbiran berintegriti dan ikhtiar untuk melaksanakan perubahan transformasi politik.
Discussion about this post