Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan 16 bekas ahli UMNO yang memohon kebenaran untuk mencabar kesahan parti itu.
Panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan tersebut telah menjadi akademik kerana ia difailkan oleh mereka yang bukan lagi ahli parti tersebut.
Panel terbabit membuat keputusan itu memutuskan demikian selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat pada prosiding yang dijalankan melalui aplikasi Zoom.
Bekas anggota UMNO itu ialah Salihudin Ahmad Khalid, Noorhalimi Yahya, Mariam Mohd. Ishak, Mohd. Hafami Hanif, Saharudin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd. Manaf, Mohd. Rafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd. Suhot, Kamarul Abd Wahid, Mohd. Hikamal Md. Hassim, Muzamzamir Abd. Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani Ahmad dan Muhamad Hafizi Hashim.
Dalam permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman, kesemua 16 bekas anggota UMNO itu memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti yang diumumkan menerusi kenyataan media bertarikh 5 Mac 2018, dalam memberi UMNO perlanjutan tempoh untuk mengadakan pemilihan parti sehingga 19 April 2019, yang melepasi tempoh maksimum.
Dalam pada itu, Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahamd Maslan melahirkan rasa syukur di atas keputusan mahkamah tersebut.
” Alhamdulillah selesai satu bab yg mencabar dlm perjuangan parti ini”
“UMNO sebuah parti yg banyak jasa kpd rakyat & negara. Moga parti kita ini sentiasa dilindungi” katanya melalui satu ciapan di laman twitternya sebentar tadi
Discussion about this post