Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci ketika ini tidak lupa untuk mengucapkan rasa penghargaannya di atas pengorbanan para perajurit negara bersempena Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-88
“Justeru dari kejauhan saya ucapkan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke 88.
“Seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pengorbanan anda semua menjaga keselamatan Malaysia,” ujat beliau menerusi catatan di Facebooknya hari ini.
Zahid yang juga bekas Menteri Pertahanan sebelum ini berkata, pengorbanan perajurit untuk memastikan kedaulatan perairan negara diganggu-gugat oleh anasir luar adalah sesuatu yang perlu dibanggakan.
Selain itu, anggota TLDM juga turut serta dalam membantu misi-misi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang di laut tanpa mengira keselamatan diri masing-masing.
Dalam masa yang sama, Zahid juga mengakui pasukan keselamatan negara sentiasa dekat dihati beliau dan berharap sambutan Hari TLDM pada tahun ini akan memberi makna yang besar buat seluruh warganya.
“Saya di sini mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat para wira mempertahankan kemakmuran tanah air,” katanya lagi.
Discussion about this post