Dewan Rakyat diberitahu bahawa Malaysia kini mempunyai tiga kategori mineral utama yang dilombong secara komersial iaitu mineral berlogam, mineral bukan logam dan mineral tenaga yang dianggarkan bernilai RM 4.11 Trilion.
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata di dalam usaha memastikan industri mineral memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara dan daya saing global Kementerian melalui agensi-agensinya akan melaksanakan beberapa langkah-langkah selaras dengan matlamat Dasar Mineral Negara 2 (DMN 2)
“ Antara Langkah-langkah itu ialah menggalakkan lebih banyak aktiviti ekplorasi sumber mineral dijalankan, Membangunkan produk nilai tambah dalam setiap rantaian nilai termasuk penggunaan teknologi baru serta memantapkan pengurusan sumber mineral melalui pengukuhan undang-undang dan governan “
Beliau yang menjawab soalan dari YB Daruk Seri Ahmad Maslan ( BN – Pontian) itu yang mahu tahu apakah usaha-usaha dan prospek masa depan sektor galian dan perlombongan itu berkata KeTSA sedang membangunkan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021- 2030) untuk meningkatkan daya saing industri mineral supaya mampu menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara.
Katanya sumber unsur nadir bumi (REE) contohnya merupakan salah satu mineral strategik yang memiliki permintaan tinggi di kalangan pemain-pemain industri bagi tujuan kegunaan dalam sektor automotif, pembinaan, pengilangan, teknologi dan lain-lain.
“ Permintaan sumber REE dijangka meningkat dari tahun ke tahun berikutan daripada revolusi industri yang memasuki era industri IR4.0”
“ Di samping itu, taburan sumber REE yang hanya wujud di sesetengah negara, menjadi penentu kepada kawalan bekalan dan permintaan (supply and demand) di peringkat global dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan harga REE dunia” katanya lagi.
Berdasarkan kajian tinjauan yang telah dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Malaysia memiliki potensi sumber REE untuk dibangunkan yang mencecah sehingga USD182 bilion iaitu bersamaan dengan RM747.2 bilion.
Walaubagaimana pun, kajian yang akan dilaksanakan adalah tertumpu kepada REE bukan radioaktif atau Ion Absorption Clays Rare Earth katanya lagi.
Discussion about this post