Masyarakat India di Kota Tinggi akan terus menjadi penyokong kuat Barisan Nasional (BN) lebih-lebih lagi dalam PRN Johor.
Ketua MIC Bahagian Kota Tinggi, S Vadeveloo berkata masyarakat itu tiada masalah untuk memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN).
“Masyarakat India di Parlimen Kota Tinggi tak ada masalah untuk memberi sokongan kepada BN. Bahkan dari dulu kita tahu masyarakat India menjadi penyokong kuat BN di Kota Tinggi.
“Pada tahun 2018 kita telah disajikan dengan manifesto palsu oleh Pakatan Harapan (PH) ada segelintir pengundi India yang bekerja di Singapura terpengaruh dan sokong PH.
“Tetapi kali ini kita yakin pengundi India disini setelah melalui 22 bulan yang perit di bawah kerajaan PH. Mereka tak dapat apa-apa bantuan dan pastinya akan menyokong kerajaan yang dapat membantu mereka iaitu BN,” katanya kepada BN Comms.
Katanya selepas penamaan calon, MIC telah mengadakan perjumpaan bersama calon BN dan sambutan diberikan masyarakat itu amat baik.
“Boleh dikatakan tak ada masalah pengundi India di Parlimen Kota Tinggi untuk beri sokongan kepada calon BN,”katanya lagi.
Discussion about this post