Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura, Chan Boon Thian, menerima sambutan yang baik kalangan masyarakat Bumiputera Melayu di kawasan ini.
Kawasan berkenaan mempunyai penduduk yang majoritinya kaum Tionghua.
“Selama berkempen, saya juga diterima baik dan mereka juga ramah.
“Kita yakin boleh menang dan merampas kerusi dari Warisan dikawasan ini,” katanya.
Tambahnya hubungan ini juga terhasil kerana adanya kerjasama dan hubungan baik bersama komponen BN antaranya UMNO, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan PBS.
Beliau berkata demikian ketika ditanya Media berkenaan penerimaan masyarakat dikawasan itu selama beliau berkempen 5 hari selepas penamaan calon pada Sabtu.
Sementara itu, Chan berkata, beliau tidak akan mengeluarkan janji-janji manis untuk pengundi kerana usaha dan misi untuk memberikan yang terbaik jika diberi mandat pada pilihan raya ini lebih penting untuk dilaksanakan.
Fokus utamanya kini adalah penambahbaikkan hospital di daerah itu yang juga satu-satunya di kawasan Elopura selain klinik kesihatan yang banyak berusaha menangani Covid-19.
Selain itu, mewujudkan hospital swasta juga amat diharpkan penduduk dan ia mungkin dapat direalisasikan jika BN menang dalam pilihan raya kali ini.
Discussion about this post