Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung baru-baru ini turut menetapkan dua orang lantikan ahli MKT yang baru.
Lantikan tersebut telah diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan media yang dikongsinya, hari ini.
“Mesyuarat berjalan dalam suasana yang tenang bermula dengan sumpah kerahsiaan dua ahli yang baru dilantik iaitu Datuk Seri Dr Shafie Abdullah dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
“Presiden UMNO telah memberi ruang seluasnya untuk semua memberikan pandangan. Seramai 31 orang ahli telah berucap,” kata Ahmad dalam kenyataan medianya.
Dalam masa yang sama, beliau menegaskan adalah tidak wajar jika sesiapa yang menjadi ahli MKT membuat sebarang kenyataan yang diluar konteks dan tidak benar di media sosial sekaligus melanggar tatatusila mesyuarat.
“Kenyataan media yang dikeluarkan atas nama saya telah dibacakan terlebih dahulu dalam mesyuarat itu untuk dipersetujui,” tambah beliau lagi.
Discussion about this post