Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mencadangkan supaya parti politik memberi laluan kepada parti Warisan mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi tanpa sebarang pencalonan lain bagi mengelakkan pandemik Covid-19 di Sabah menjadi lebih buruk.
Mohamad Hassan yang juga Timbalan Presiden UMNO, turut menyarankan parti-parti politik lain mengikut jejak Barisan Nasional (BN) untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Keci (PRK) Batu Sapi pada 23 November – 5 Disember nanti.
Saya memahami kebimbangan YAB Perdana Menteri semasa menyampaikan perutusan khas petang semalam, tentang pengendalian…
Posted by Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan on Sunday, November 1, 2020
“Jika persefahaman sebegini boleh diusahakan, maka kita boleh memberi laluan kepada Warisan dalam PRK Batu Sapi sebagai permuafakatan nasional mengurangkan impak wabak korona kepada masyarakat.”
Mohamad Hasan turut melihat permohonan mengisytihar darurat bukan jalan terbaik bagi menguruskan negara pada masa ini.
“Saya memahami kebimbangan Perdana Menteri semasa menyampaikan perutusan khas petang semalam, tentang pengendalian Pilihanraya Kecil Batu Sapi dan Pilihanraya Negeri Sarawak dalam situasi Malaysia masih berdepan dengan suasana pendemik. .. namun ia bukan jalan terbaik.”
Menurut Mohamad, tempoh matang Pilihanraya Negeri Sarawak ialah pada 7 Jun 2021, justeru tiada keperluan mengadakan darurat pada masa ini kerana kerajaan negeri sedia ada mempunyai masa 10 bulan lagi.
“Jika Kerajaan Negeri berkhidmat sehingga tamat tempoh tersebut, PRN akan diadakan 60 hari dari 7 Jun 2021. Ini membolehkan PRN Sarawak diadakan dalam bulan Ogos 2021,” tambah Timbalan Pengerusi BN itu dalam kenyataan media beliau hari ini.
Mohamad turut meminta semua pihak menghormati kearifan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk menolak darurat, mempertahankan Perlembagaan dan telah mengiktiraf pencapaian baik Kerajaan mengawal pandemic waktu ini.
Discussion about this post