MIC yakin rakyat Johor sedar dan matang dalam membuat pilihan terbaik dengan memilih calon Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor kali ini.
Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan berkata pilihan terbaik itu bakal memberi mesej jelas kepada negara bahawa hanya kerajaan BN dapat mentadbir negara dengan sebaiknya.
“Saya percaya rakyat mula sedar rakyat Johor matang mereka akan buat pilihan terbaik sekaligus memberi mesej jelas kepada negara.
“Kalau kita berjaya di Johor ekonomi akan pulih kita lihat tiada kestabilan politik berlaku di Johor sebelum ini menyebabkan pelaburan asing kurang.
“Dan sekiranya kita boleh buktikan kestabilan politik di Johor ini akan memberi keyakinan kepada pelabur secara automatik peluang pekerjaan bertambah,” katanya.
Jelasnya bagaimanapun usaha itu memerlukan sokongan dari rakyat untuk membentuk kerajaan yang stabil.
“Tepati tidak guna kita hanya persoalkan peluang pekerjaan tuan puan, tetapi tiada sokongan dari rakya untuk stabilkan.
“Kita kena ikhlas, semua pihak kerajaan orang politik dan semua pihak. Dalam Johor rakyat sedar perlunya kestabilan politik.
“Jika kita serah kuasa pada orang lain tapi dalam masa mereka bersaing antara satu sama lain. Manakala kerajaan BN 63 tahun memerintah walaupun kita ada isu tidak setuju tetapi semua selesaikan dalam bilik bukan luar bilik.
“Macam mana ada kekurangan pun kita parti komponen sentiasa bersama kerana ada sikap toleransi tinggi dan sikap penerimaan tinggi berbanding pihak sebelah sana,” katanya.
Discussion about this post