Dakwaan punca usaha kerjasama Muafakat Nasional tergendala adalah tidak tepat sama sekali.
Datuk Seri Ahmad Maslan yang membidas kenyataan Presiden PAS berkata ketidaksefahaman yang berlaku dalam MN bermula apabila PAS menjadi sebahagian dari Perikatan Nasional (PN).
Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO menyatakan segalanya berjalan lancar sebelum PAS masuk Perikatan Nasional dan proses parti juga diikuti oleh mereka.
Namun setelah masuk PN, mereka tidak lagi mengikuti proses yang ditetapkan dan hal ini diberitahu oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kepada beliau.
“Jadi jangan salahkan kami bab itu. Kami sudah menyatakan dengan jelas bahawa kami tidak boleh dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), satu dunia tahu. Tapi selepas itu PAS pula yang rapat dengan Bersatu,”ujarnya.
Selain daripada itu, beliau juga memaklumkan bahawa sebulan sebelum PRN Melaka adalah kali terakhir MN melakukan mesyuarat dan masih lagi belum ada perbincangan untuk melakukan mesyuarat yang lain.
“Dia tidak mati tetapi tidak subur”, tegas beliau.
Perumpamaan tersebut dinyatakan oleh Ahmad Maslan yang merujuk kepada MN yang ‘tidak subur’ lagi selepas berlakunya peristiwa kemasukan PAS kedalam PN, PRN Melaka dan Johor.
Discussion about this post