Pemuda Barisan Nasional (BN) telah menyampaikan beberapa perkara kepada Menteri mewakili BN termasuk Menteri Kanan untuk membawa beberapa isu rakyat ke dalam Mesyuarat Kabinet kata Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Katanya antara isu rakyat yang telah disampaikan adalah mengenai Moratarium 2.0 tanpa caj dan faedah tambahan secara automatik untuk diperluaskan kepada golongan M40 selama 3 bulan.
“Akses rakyat kepada i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 Serta Intervensi segera kerajaan terhadap kenaikan mendadak harga minyak masak yang pasti ada kesan domino kepada kenaikan harga barangan keperluan lain termasuk makanan katanya di daam satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Moga ada sinar di hujung terowong katanya lagi di dalam hantarannya itu.
Discussion about this post