1. TS Muhyiddin Yassin baru-baru ini menawarkan diri sebagai Penasihat Ekonomi negeri, andai Perikatan Nasional berjaya dalam PRN di Johor Mac nanti.
2. Itu sahaja bukti paling jelas, terang lagi nyata bahawa PN ketandusan personaliti bertaraf pemimpin, yang mampu diketengahkan untuk dapatkan keyakinan 2.6 juta pengundi di Johor.
3. Dengan peranan sebagai Penasihat Ekonomi, bermakna Menteri Besar Johor daripada PN tidak lebih sedikit pun fungsinya daripada boneka, dan akan sentiasa berada di bawah telunjuk TS Muhyiddin.
4. Pastinya, pemimpin yang sebegitu lemah dan rela membiarkan dirinya berada di bawah telunjuk mana-mana individu tidak layak memimpin Johor.
5. Mengapa tidak TS Muhyiddin sendiri bertanding dan menjadi calon Menteri Besar?
6. Itu risiko yang beliau sendiri sudah buat kira-kira akan kesan dan implikasinya.
7. Dengan tidak bertanding, setidak-tidaknya TS Muhyiddin masih lagi boleh memasang angan-angan untuk menjadi calon Perdana Menteri PN.
8. Daripada membiarkan PN & PPBM mula menghitung hari lebih awal daripada persada politik tanah air.
Noor Azleen Ambros
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang
19 Februari 2022
Discussion about this post