Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yakin, calon Barisan Nasional bagi DUN Sekong, Hazulizah Mohd Dani akan mampu membawa suara rakyat jika diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum (PRN) Sabah pada 26 September ini.
Katanya, ini dapat dilihat dengan kepimpinan beliau dan mampu berinteraksi kepada rakyat di akar umbi.
“Hazulizah juga tidak gentar berhadapan pihak lawan meski beliau seorang wanita tetapi lantang bersuara seperti kecil-kecil cili api,” tambahnya.
Beliau yang juga Presiden BERSATU berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Taman Mawar di Dewan SMK Agama Tun Juhar Sandakan pada Khamis.
Hadir sama, calon BN Sekong, Hazulizah Mohd Dani, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.
Dalam pada itu, Muhyiddin yakin, calon-calon BN, PN, BERSATU dan PBS serta rakan komponen lain yang bertanding akan meneruskan usaha membantu rakyat dikawasan jika diberikan mandat kelak.
Sehubungan itu, beliau menasihati wakil rakyat terus mendekati rakyat dan tidak melupakan janji mereka,” tambahnya.
Discussion about this post