Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak membalas kenyataan Mukhriz yang sebelum ini menyatakan beliau hanya mempertikaikan cadangan usaha untuk menyelamatkan syarikat Sapura Energy Sdn Bhd kerana ianya dicadangkan oleh Najib sendiri.
“Dia cuma bantah selamatkan Sapura walaupun penting dan strategik bagi negara sebab Najib yang cadangkan,” kata Najib menerusi posting di Facebooknya baru-baru ini.
Kenyataan balas ini berlarutan apabila Mukhriz yang sebelum ini mendakwa ruang rizab negara tidak lagi terpakai untuk menyelamatkan Sapura berikutan bermasalah daripada pengurusan tadbir yang tidak bagus dan kenyataan tersebut dituju kepada pihak Najib.
“Walaupun ada ruang rizab negara digunakan untuk menyelamatkan syarikat bagi tujuan strategik yang memberi manfaat kepada negara, semestinya ia tidak terpakai bagi syarikat yang punca masalahnya ialah pengurusan yang tidak amalkan etika kerja dan tadbir yang baik,” demikian kenyataan Mukhriz yang dikongsi oleh Najb.
Najib menjawab dakwaan tersebut dengan menyenaraikan banyak contoh bail-out yang gagal pernah dibuat oleh ayah Mukhriz iaitu Tun Mahathir.
Selain itu, Najib menyentuh tentang pengurusan tadbir yang tidak mengamalkan etika kerja dan tadbir yang baik yang disebut oleh Mukhriz seperti apa yang dilakukan oleh abang beliau sendiri, Mokhzani.
“Mokhzani yang menjawat sebagai Timbalan Pengerusi Sapura sehingga meletak jawatan sebelum PRU14 dan juga Jalil Rasheed yang dilantik Pengerusi Sapura pada awal tahun 2020 oleh kerajaan PH semasa ayah dia menjadi PM,” kata Najib.
Setelah Najib menjawab semua dakwaan-dakwaan Mukhriz yang menyatakan beliau tidak bersetuju cadangan Petronas mengambil alih Sapura, Mukhriz akhirnya menyatakan beliau tidak menolak cadangan bail-out namun menolak kerana cadangan itu dikeluarkan oleh Najib.
Discussion about this post