Tindakan Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa seluruh jentera, ahli dan penyokong untuk menggunakan media sosial secara “all out’ mula membuahkan kesan.
Katanya selepas seruan untuk para jentera gunakan media sosial dibuat beberapa hari lalu, telah menyebabkan tentera siber mula marah dan menyerang pula laman facebook beliau.
“ Beberapa hari lalu saya seru seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN ‘all out’ gunakan media sosial.”
“ Tentera siber marah. Serang akaun Facebook saya. Memperlekeh dan memutarbelitkan gesaan saya.”
Mungkin sebab makan cili rasa pedas atau mungkin juga kerana arahan. Wallahualam.. katanya melalui hantaran di laman facebooknya pagi ini.
Tambah Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, serangan ini bermaksud “mereka” telah mula kalut dan resah apabila semboyan itu disahut oleh jentera BN.
Ini bermaksud mereka kalut dengan seruan itu. Mereka resah semboyan bersahut.
‘Kluster Fitnah’ bimbang rakyat tahu akan kebenaran – akan tahu pernah diperdayakan bos mereka.
‘Kluster Kuasa’ khuatir bos hilang kedudukan apabila rakyat menyedari UMNO/BN jua yang terbaik untuk mereka.
‘Kluster Cari Makan’ takut UMNO/BN bangkit kuat bos hilang jawatan maka mereka apa pun tak boleh, katanya lagi.
Namun, Tambah ahmad Zahid lagi Kepada yang memberi nasihat dan cadangan kita ucapkan ribuan terima kasih.
Justeru beliau turut meminta agar semua memberikan fokus kepada agenda perjuangan parti serta menguatkan iltizam untuk memperkasakan semula parti.
” Saya pinta tuan-puan jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN terus fokus kepada agenda perjuangan parti”
” Iltizam kita untuk memperkasakan semula parti dengan hati penuh tulus ikhlas demi rakyat dan negara”
InsyaAllah platform media sosial akan dapat membantu usaha murni tuan-puan semua dan Abaikan ‘reverse psychology’ tentera siber. Kita belum terlambat dalam penggunaan media sosial seperti yang mereka dakwa.
“It is never too late”. PRU14 kita jadikan sempadan. PRU15 objektif destinasi kejayaan kita bersama katanya lagi.
Discussion about this post