Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan untuk menggunakan aplikasi kesan kontak rapat dari Google dan Apple.
Ini kerana katanya Malaysia ketika itu panik dengan pandemik Covid-19, tidak mengambil langkah untuk memilih vendor dan teknologi sama ada dari dalam atau luar negara yang boleh dilaksanakan dengan segera demi kesihatan negara.
Dan atas sebab itulah kerajaan PN ketika itu tidak terfikir untuk melalui proses tender yang mengambil masa berbulan bulan.
”Sebab masa itu, seluruh Malaysia sedang panik dengan pandemik Covid. Keputusan kerajaan masa itu ialah untuk pilih vendor dan tekonologi sedia ada – tak kira dari dalam dan luar negara – yang paling sesuai dan paling cepat boleh dilaksanakan bagi keperluan kesihatan negara.
“Sudah tentu masa itu mereka tak terfikir untuk melalui proses tender yang mungkin makan masa berbulan-bulan,” katanya menerusi posting terbaru di Facebooknya.
Najib juga menyuarakan kebimbangannya mengenai isu kos projek keseluruhan yang mungkin mencecah RM300 juta sehingga tahun 2025 seperti yang didedahkan oleh Pakatan Harapan.
Katanya kos itu perlu dipertimbangkan berdasarkan jumlah pengguna (24juta) dan tempoh masa 6 tahun bermula dari 2020 hingga 2025 walaupun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengatakan kos tidak terlalu tinggi.
“Namun ianya masih membimbangkan sekiranya terbukti benar bahawa vendor ialah dari negara Singapura sebab aplikasi ini melibatkan privasi peribadi hampir semua penduduk Malaysia”, ujarnya.
Tambah Najib kerajaan dan ahli-ahli PAC daripada pembangkang telah melantik satu audit teknologi oleh syarikat swasta yang berpengalaman dan ianya perlu dijalankan segera bertujuan untuk mengelak data-data pengguna tidak dibocor kepada pihak ketiga atau keluar negara seperti yang dijanjikan kerajaan.
Najib juga berpendapat kos akan turun jika sebahagian besar komponen-komponen scan MYSejahtera dikeluarkan memandangkan ia tidak lagi diperlukan dalam masa terdekat.
Selepas Covid-19 diisytiharkan menjadi endemik bermula 1 April ini, tiada lagi keperluan untuk scan MYSejahtera setiap kali masuk ke kedai atau mana-mana lokasi memandangkan contact tracing tidak lagi releven.
Dalam masa yang sama, ramai juga tidak mampu berterusan selama 3 tahun untuk scan MySejahtera setiap kali dan setiap hari sehingga 2025.
“Pada pendapat saya, komponen MYSJ Trace yang menggunakan teknologi bluetooth untuk mengenal pasti siapa yang pernah berdekatan dengan mereka yang disahkan positif covid sudah memadai.
“Ini adalah teknologi ‘exposure notification’ dibina oleh Google dan Apple bersama yang digunakan seluruh dunia untuk mengenal pasti kontak rapat tanpa mendedahkan lokasi dan butiran peribadi pengguna”, tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, beliau juga mengatakan teknologi yang telah dibekalkan Google dan Apple secara percuma ini tidak susah untuk dibangunkan.
“MYSJ Trace ini dah cukup. Tak perlu scanning secara manual lagi”, kata Najib.
Discussion about this post