Pengerusi Kami Anak Felda (KAF), Wilayah Johor Bahru, Nasaruddin Ahmad menyeru generasi muda Felda agar memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Katanya, selaku pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) itu di 42 Felda dalam wilayah Johor, beliau turut meluahkan rasa bangga diatas pencalonan lima orang generasi kedua Felda yang mewakili BN dalam pilihanraya tersebut.
“Kita seru semua generasi Felda agar beri sokongan kepada BN agar calon BN mendapat kemenangan. Ini kerana apa yang kita lihat selama ini hanya kerajaan BN yang dapat tadbir urus negeri dengan baik.
“Alhamdulillah BN juga tampilkan calon dari generasi Felda, lima orang anak peneroka Felda dicalonkan.
“Ramai yang bertanya kenapa NGO kami perlu bersama BN sedangkan sekarang kita berada dalam kerajaan campur. Bagi kami di KAF penubuhan Felda adalah hasil dari BN.
“Apa yang dapat kita lihat dibawah kepimpinan BN harga sawit kini meningkat naik kepada RM1600 setan berbanding zaman Pakatan Harapan (PH) hanya RM300 setan. Perbezaan ini antara yang dapat kita lihat melalui pentadbiran negara yang baik maka ekonomi peneroka juga akan turut sama menjadi baik,” katanya.
Katanya sehingga kini rata-rata peneroka menikmati hasil pendapatan kasar mencecah sehingga RM11,000.
Jelasnya setelah tolak hutang dan lain-lain peneroka boleh menikmati pendapatan bersih RM6,000 hingga RM7,000 sebulan.
Beliau berkata sebaliknya ketika zaman pemerintahan PH peneroka pernah berdepan keadaan sukar dimana hanya memperoleh pendapatan bersih sekitar RM300 sahaja jauh dibawah paras kemiskinan negara.
Oleh demikian beliau berharap agar warga peneroka dan generasi muda Felda dapat memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir kerajaan negeri seterusnya negara dalam pilihanraya umum nanti.
Discussion about this post