Parlimen perlu bersidang secepat yang mungkin. Sebagai Ahli Parlimen Tg Karang patik menjunjung kasih titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang menzahirkan pandangan supaya Parlimen perlu bersidang secepat yang mungkin kerana inilah yg patik suarakan selama ini .
Tan Sri Noh Omar berkata, beliau berharap pihak kerajaan akan segera mengadakan sidang Parlimen sepertimana titah Yang DiPertuan Agong yang selari dengan Seksyen 14 Ordinan Darurat yang menyebut Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog atau dibubarkan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang DiPertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan tidak terkesan.
“ Mengikut tafsiran saya sebagai peguam Ordinan Darurat ini mengatasi Perlembagaan Persekutuan maka Yang DiPertuan Agong boleh memanggil sidang Parlimen tanpa perlu mendapat nasihat daripada Perdana Menteri sepertimana yg termaktub dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan. Saya harap pihak kerajaan akan menjunjung titah Yang DiPertuan Agong”
Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku katanya lagi melalui satu kenyataan susulan titah yang dikeluarkan baginda semalam.
Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata ini bagi membolehkan pelan pemulihan dan ordinan darurat dibahaskan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
“Baginda turut menzahirkan pandangan bahawa perlu adanya pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya
Discussion about this post