Perebutan kerusi di Bagan Serai di antara Bersatu dan PAS terus mendapat perhatian.
Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengingatkan kerusi tersebut dimenangi BN dan bukannya Bersatu.
“Sebenarnya PAS tidak perlu tuntut pada BERSATU. Bertandinglah di Bagan Serai. Lagipun Bagan Serai bukan milik BERSATU.
“Sebab BERSATU tidak menangpun di Bagan Serai kerana yang memang semasa PRU14 di Bagan Serai ialah UMNO BN.
“Cuma dia ” lombat katak ” ke BERSATU,” katanya menerusi Facebooknya.
Tegas Shamsul, BN sama sekali tidak akan duduk diam dan akan memastikan kerusi tersebut dipertahankan.
“Apapun UMNO BN tetap akan pertahankan kawasan berkenaan.
“So PAS berunding lah baik baik ya…kalau BERSATU tak bagi kerusi Bagan Serai lawan je…BERSATU bukan ada jentera pun disitu,” sindirnya.
Discussion about this post