UMNO menangguhkan Perhimpunan Agung tahunan yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari ini ke satu tarikh baru yang akan dimaklumkan kelak
Menerusi satu Kenyataan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Haji Ahmad Maslan berkata penanguhan itu selaras dengan proklamasi darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kini.
Menurutnya lagi, Presiden UMNO turut bersetuju agar pemilihan UMNO juga akan diteruskan untuk tahun 2021 ini.
” Dimaklumkan juga bahawa YB Dato’ Seri Presiden UMNO bersetuju agar pemilihan UMNO akan diteruskan di semua peringkat seperti yang dijadualkan pada tarikh yang sesuai tahun 2021 ini”
Ahmad Maslan juga turut mengingatkan agar kesemua ahli UMNO untuk merapatkan barisan bagi menumpukan kepda isu-isu membela dan membantu rakyat pada ketika yang begitu mencabar ini
Discussion about this post