Pelantikan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan merupakan satu langkah yang tepat bagi menghentikan kemelut politik negara.
Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (Pbrs), Datuk Arthur Joseph Kurup berkata selaku komponen dalam Barisan Nasional menyokong penuh pelantikan ini dan yakin akan kemampuan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob berdasarkan pengalaman luas dalam Pentadbiran Kerajaan.
Negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil bagi menghadapi cabaran yang sedang dialami. Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti perlu memberi fokus kepada usaha-usaha untuk memerangi pandemik COVID-19, memulihkan semula ekonomi negara serta membantu rakyat berdepan dengan detik sukar ini.
Semua parti-parti politik dipohon untuk mengenepikan perbezaan dan kembali bertaut demi rakyat bagi menyelesaikan isu-isu semasa yang sedang melanda negara.
Discussion about this post