Pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada 8:30 pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, perkara berkenaan disahkan oleh cucunya Isyraq Ariff Zalull Ariff.
Isyraq berkata pemergian datuknya disedari pakciknya pagi tadi.
Katanya, doktor kemudiannya mengesahkan bahawa datuknya sudah meninggal dunia.
Beliau berkata urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian.
Dalam pada itu Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut merakamkan kesedihan di atas kehilangan pelawak serta pelakon vateran itu.
Katanya Sesungguhnya jasa dan bakti Allahyarham kepada negara amat besar.
” Setiap daripada kita pasti teringat akan lakonan komedi beliau terutama watak kanak-kanak bernama Atan” dan Semoga arwah diletakkan dalam kalangan orang beriman dan ditempatkan dalam kalangan ahli syurga ” tulisnya di dalam satu hantaran facebook pagi ini.
Discussion about this post