Pembangkang seumpama tiada modal lain untuk meraih undi apabila tidak habis-habis memainkan isu melibatkan kluster mahkamah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun menyifatkan rakyat kini semakin bijak untuk membuat penilaian demi kesejahteraan mereka.
“Mereka tiada modal lain. Saya seronok…saya dan Datuk Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dijadikan modal, bagus.
“Sebab pada pengundi nak buat penilaian siapa yang boleh memberi kesejahteraan kepada mereka. Siapa yang boleh membela mereka.
“Itulah agenda utama PRN negeri ini. Bukan soal saya atau Datuk Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu kluster mahkamah yang dimainkan pihak pembangkang dalam kempen PRN Johor.
Sementara itu, ketika ditanya soal pertandingan banyak penjuru termasuk tujuh penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, beliau menjawab berkemungkinan membei kelebihan kepada BN untuk menang.
“Tetapi, kita tidak boleh merasakan terlalu optimis. Kita mesti bekerja keras. Kita yakin bahawa kita membawakan agenda terbaik untuk rakyat.
“Kita juga mesti bersikap tawaduk dan ‘humble’. Kita serah diri kita kepada mandat dan rakyat supaya rakyat membuat penilaian yang bijak,” katanya lagi.
Discussion about this post