Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjaya mengekalkan jawatan beliau sebagai Naib Presiden dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.
Dua muka baharu yang berjaya mengisi dua lagi kekosongan jawatan tersebut ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Ketiga-tiga mereka menewaskan lima lagi calon lain yang bertanding iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hasni Mohamad, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Dr Mohd Yusof Musa.
Melalui keputusan tidak rasmi, Wan Rosdy menduduki tempat pertama dengan mendapat 111 undian daripada 189 Bahagian manakala Khaled mendapat 100 undi dan Johari pula 93 undi.
Discussion about this post