Pemilihan UMNO 2023 sesi 2023-2026 menyaksikan 10 nama calon yang hampir pasti menang bagi mengisi 25 jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan setakat jam 1.05 petang ini oleh ibu pejabat UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah kekal mendahului tempat pertama sejak semalam dan diikuti Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Datuk Seri Ahmad Maslan.
Keputusan lanjut akan menyusul selepas Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad selesai membuat sidang media pada petang ini.
Discussion about this post