Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Turut hadir berasingan, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali Tok Mat dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Mereka dilihat keluar dari pintu 2, Istana Negara pada jam 11.20 pagi selepas mengadap YDPA selama 40 minit.
Sejurus itu, Zahid memuatnaik satu hantaran di facebook memaklumkan beliau selesai menghadap Agong pagi ini.
“Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya.
Discussion about this post