Ketika ini Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia/BN bekerjasama dengan Pemuda-pemuda Parti-Parti Politik daripada 34 Negara lain untuk mengusahakan penganjuran satu Forum Antarabangsa Mengenai Nasib dan Masa Depan Palestin ujar Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Katanya InsyaAllah 20hb ini pimpinan-pimpinan sayap Pemuda Parti-Parti setakat ini daripada 34 Negara sudah menyatakan persetujuan akan sepentas melalui saluran Youtube dan Facebook tulisnya di dalam satu kenyataan pagi ini.
“ Apa sahaja usaha untuk menyampaikan mesej kepada dunia terutama PBB dan kuasa-kuasa besar mengenai isu Palestin amat penting bagi menzahirkan solidariti masyarakat dunia terhadap nasib Palestin yang berterusan ditindas, diperkosa hak mereka dan diperkotak-katikkan di tanah air sendiri oleh Penjajah Regim Israel” katanya lagi.
Dalam pada itu Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia kecewa dengan ketidakupayaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang gagal mengutuk tindakan Israel serta menggesa keganasan ke atas rakyat Palestin dihentikan.
” Semalam adalah sesi ketiga Majlis Keselamatan PBB bersidang pada minggu ini namun tiada sebarang kenyataan dibuat berhubung situasi semasa di Palestin”
“Memandangkan tiada tindakan bersepadu oleh badan dunia itu, Malaysia selaras dengan kenyataan bersama dengan Brunei dan Indonesia, mendesak Perhimpunan Agung PBB segera mengadakan Sidang Khas bagi menghentikan konflik dengan segera.
“PBB mesti memaksa Israel mematuhi semua kewajipan undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Discussion about this post