Prihatin dengan mangsa banjir di kawasan Janda Baik, Pemuda UMNO turun padang hulurkan bantuan.
Menurut Mohd Farid Mohd Nor bantuan yang diberikan bagi meringankan beban semua mangsa tersebut.
“Berada di Janda Baik sehingga dinihari bersama-sama teman-teman Pemuda dan Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang bagi membantu apa yang boleh selepas perkampungan tersebut dilanda banjir kilat awal pagi tadi,” kata Farid menerusi posting di Facebooknya.
Turut bersama dengan beliau menguruskan mangsa banjir ialah Naib Ketua Pemuda (NKP) Afizal Ahmad Pahmin dan juga barisan Ahli Jawatan Kuasa (AJK), Tam Raih Mohd Nazri, Hafizul Rahman, dan Muhamad Along Muzamir Shah.
Banjir kilat yang melanda kira-kira jam 5.30 pagi semalam mengakibatkan seramai 12 keluarga terpaksa dipindahkan ke kawasan lain berikutan kawasan yang diduduki tidak selamat.
“Walapun sebahagian besar mangsa tidak memerlukan pemindahan, terdapat juga beberapa rumah yang memerlukan bantuan pembersihan sehingga malam hari,” ujar beliau.
Menurut Farid, beliau juga mengambil kesempatan untuk memujuk beberapa buah keluarga untuk berpindah sementara ke sebuah surau yang disediakan di kawasan terdekat berikutan kesuntukkan masa untuk membersihkan sepenuhnya kediaman mereka.
Hal tersebut juga bagi membolehkan mereka berehat dengan lebih selesa dan tenang.
“Kerajaan Negei dan Kerajaan Persekutuan akan membantu sebaik mungkin mangsa-mangsa banjir tersebut,” ujar Farid lagi.
Discussion about this post