Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mustafa Shah Abdul Hamid mengucapkan setinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9.
Berbekalkan keberkatan penghulu segala hari, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan sokongan Tuanku Raja-Raja Melayu telah perkenan Ahli Parlimen Bera, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.
Beliau melalui laman Facebooknya hari ini menyatakan Pilihanraya Umum Ke-14 telah menyaksikan UMNO-Barisan Nasional telah kehilangan mandat untuk terus mentadbir angkara fitnah dan tohmahan jahat pihak pembangkang ketika itu.
“Namun, UMNO-Barisan Nasional tidak memilih ke jalanraya membangkang keputusan tersebut dan terus menginsafi kejadian tersebut dan memilih untuk membina semula kekuatan dalaman serta akan kembali mendapatkan semula kepercayaan rakyat menjelang PRU Ke-15.”
“Dengan izin Allah SWT sebelum tibanya waktu tersebut, UMNO telah diberikan semula amanah dan tanggung jawab untuk memandu negara keluar daripada krisis kesihatan dan krisis ekonomi.” katanya.
Beliau turut menjelaskan situasi kini merupakan tanggung jawab yang amat besar dan segala perhatian sudah tentu tertumpu kepada Dato’ Seri Ismail Sabri dan UMNO untuk membuktikan semula kepada rakyat bahawa UMNO dan Barisan Nasional mampu mentadbir dan mengurus negara dengan baik seperti mana yang telah dilakukan selama hampir 60 tahun sebelum ini.
“Terima kasih jua kepada YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO kerana dengan kebijaksanaan dan berkat kesabarannya, beliau telah berjaya mengemudi UMNO selama 40 bulan tanpa sebarang jawatan kerajaan.”
“Pengorbanan beliau adalah terlalu besar dalam memastikan bahawa UMNO sesekali tidak akan hilang ditekan oleh mereka yang memegang puncak kuasa.”katanya.
Meskipun pada mulanya tindakan dan keputusan presiden UMNO itu gagal dihargai oleh sebilangan ahli termasuk beberapa pemimpin UMNO sendiri, tetapi kini telah dibuktikan bahawa beliau benar-benar layak memimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk kembali memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.
Discussion about this post