Pelbagai ragam kita bakal lihat menjelang musim Pilihan Raya Umum (PRU) kerana waktu inilah wakil rakyat akan berfungsi sebaiknya.
Ada yang mula turap jalan, dan ada yang turun padang beri sumbangan wang dan makanan.
Tidak kurang juga, ada yang menjelajah negeri ke negeri menabur janji dan manifesto.
Itu adalah fenomena biasa menjelang PRU namun yang lebih istimewa kali ini adalah pada tahun 2022, kita dapat menyaksikan wakil rakyat giat melompat ke sana dan sini.
Jika dahulu wakil rakyat hanya melompat parti selepas mereka memenangi PRU sahaja.
Namun, wakil rakyat pada zaman kini pula lebih dahsyat kerana mereka melompat sebelum bertanding dan melompat meninggalkan ‘tahi’ kepada pengundi dan penyokong setia kawasan DUN atau parlimen yang dijaga mereka.
Tetapi, penyakit atau perangai melompat kawasan ini nampaknya sudah berjangkit sesama wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dan simptom ini tidak pula kelihatan kepada parti lain.
Dalam pada membantu PRU15 atas sebab hendak menjaga rakyat ketika banjir akhir tahun nanti, resmi PH ‘kaki menipu’ ini sebenarnya adalah berkempen di Perak dan menjadi pilihan tempat menabur janji palsu.
Ramai sungguh wakil rakyat PH dah melompat ke Perak untuk mencuba nasib setelah gagal berkhidmat di kawasan masing-masing sebelum ini.
Empat PRU terdahulu telah membuktikan mereka hanya muncul ketika PRU menjelang.
Anwar yang melompat dari Port Dickson, anak Tuan Guru Nik Aziz, anak Tun Dr. Ismail malah Samsul Iskandar dari Melaka juga sudah melarikan diri ke Perak meninggalkan pengundi mereka yang terpinga-pinga tanpa sempat menuntut janji mereka.
Jika dahulu Permatang Pauh, Kajang dan Port Dickson, kini Tambun pula menjadi ‘anak’ Anwar Ibrahim, banduan yang memiliki aset yang diisytiharkan sebanyak RM10 juta, rumah agam banglo dan jet peribadi yang dikhabarkan di parkir di Singapura.
Berlainan pula dengan Perikatan Nasional (PN), parti perikatan yang sememangnya terkenal kerana membeli wakil rakyat bermula awal penubuhannya sehinggalah sekarang.
Sungguh banyak modal yang dikeluarkan oleh PN walaupun tempoh Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri sangat singkat sehingga kita tertanya-tanya dari mana datangnya duit yang banyak untuk membeli ‘katak-katak’ ini.
Jika PN menang, bersiap-sedialah rakyat Malaysia menanggung gaji dan pencen kabinet yang sebesar gajah.
Percakaran Azmin dan Faizal Azumu tentang siapa yang selayaknya menjadi Timbalan Perdana Menteri, seterusnya menggantikan Muhyiddin apabila beliau mengumumkan pengunduran diri atas faktor kesihatan.
Boleh anda bayangkan jika Azmin atau Faizal menjadi PM anda? Seorang muka tidak tahu malu manakala seorang lagi pula sedang menggilap bakat menjadi pelakon.
PN dan PH ini seperti tempat pembiakan katak. Katak yang melompat dan katak yang dibeli.
Mereka membuktikan bahawa menjadi wakil rakyat hanya bertanding untuk menunjukkan siapa lebih hebat sahaja, bukan untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.
Menerima kuasa lebih penting daripada berkhidmat kepada kawasan yang pernah dimenangi tanpa pernah bertanding sebelum ini.
Sumber: Anak Perak sejati
Discussion about this post