Pengalaman yang tidak berapa lama dahulu jelas menunjukkan bagaimana institusi Presiden tidak dihormati dan diperlekeh kerana Presiden tidak punya apa-apa kedudukan dalam kerajaan.
Malah, perpecahan yang begitu ketara berlaku dalam UMNO, ada kem A dan kem B.
Dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, pemilihan UMNO akan berlangsung.
Sesiapa dari UMNO yang menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan berpotensi besar untuk memenangi jawatan Presiden. Sebabnya – kuasa, pengaruh, dan hormat. Tak semestinya, cuma potensinya lebih besar.
Dan Presiden yang dipilih serta pasukannya akan menentukan halatuju parti. Bermakna, dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, berkemungkinan besar keputusan UMNO yang menjunjung titah Tuanku YDPA boleh diubah, dan kedudukan dalam kerajaan hari ini juga boleh berubah.
Oleh itu, Anwar perlu bertindak strategik demi memastikan kerajaan yang dibentuk sekarang benar-benar kukuh dan stabil, Presiden UMNO DS Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu diberi jawatan tertinggi dalam kabinet kerajaan iaitu TPM.
Kestabilan dan kekuatan institusi Presiden ini turut disokong 130 Ketua-Ketua Bahagian UMNO seluruh Malaysia.
Kita tidak boleh lagi ulangi pengalaman PRU14. Dalam satu penggal, Perdana Menteri silih berganti. Negara perlukan kestabilan, dan hanya komitmen serta peranan yang dimainkan oleh institusi Presiden UMNO akan menentukan kestabilan ini dan menoktahkan sebarang langkah sumbang di belakang.
-Shafiq Fhadly-
Discussion about this post