YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah, Pengarah Komunikasi Barisan Nasional turun padang bertemu rakyat di Dataran Koperasi Felda Gunung Besout 2 di PRK Slim.
YB Dato’ Dr Shamsul turun dalam program Santai Bicara Anak Muda yang dianjurkan oleh Gabungan Generasi Baru Felda pada 27 Ogos 2020
Acara dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah bersama Pemuda, disusuli bacaan Yasin dan doa selamat. Kemudian Solat Isyak berjamaah di Masjid Saidina Umar Ibnu Khattab, Felda Gunung Besout 2.
Turut sama dalam program itu adalah Dato’ Dr Asyaf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Dato Shahrul Zaman Yahya, Exco Kerajaan Negeri Perak.
Dua hari lagi untuk tempoh berkempen tamat di PRK Slim. Sokongan rakyat nampaknya sudah jelas mahu mengekalkan kerusi itu kepada calon Barisan Nasional.
Rata-rata anak muda yang ditemui menzahirkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada parti Barisan Nasional dan calon Barisan Nasional untuk mewakili mereka di DUN Slim.
Discussion about this post