Dalam usaha memastikan kemenangan Pilihan Raya Negeri Sabah kali ke-16 milik sepenuhnya Barisan Nasional pelbagai strategi dan gerak kerja perlu disusun dengan teratur.
Ia juga perlu diselaraskan dengan betul bagi memastikan Warisan Plus tumbang terus hasil pilihan rakyat Sabah yang telah tertipu dengan janji-janji manis yang ditaburkan sebelum ini.
Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah memulakan gerak kerjanya seawal 9 pagi di Sabah dengan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Komunikasi BN di Pusat Operasi BNcomms Times Square, Kota Kinabalu Sabah.

Kemudian dia meneruskan program dengan mengadakan Majlis Perjumpaan Khas bersama Pegawai Dan Kakitangan Jabatan serta Agensi Kementerian Tenaga & Sumber Asli (KeTSA) Sabah di Hotel Kota Kinabalu Sabah.
Pada sebelah petang Shamsul pula hadir Program My Brighter Future KPT TNB, yang ditaja oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ia sebagai tanda jelas kerajaan dan GLC yang sentiasa bersama dalam membantu mahasiswa menjadi pelajar yang cemerlang.
Bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan program TNB dan KPT My Brighter Future.
Discussion about this post