Usaha berterusan kepimpinan Barisan Nasional untuk memohon kerajaan menghapuskan syarat pengeluaran Wang dari akaun 1, kumpulan wang simpanan Pekerja ( KWSP) membuahkan hasil
Usaha berterusan yang diterajui oleh Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan sayap pemuda, wanita dan Puteri UMNO kerajaan hari ini telah mengumumkan satu berita baik untuk para penyimpan dana persaraan itu
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan syarat itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.
“Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.
“Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada kata kenyataan itu hari ini
Namun pengumuman itu bukanlah boleh dianggap satu kejayaan bermakna selagi wang berkenaan belum disalurkan kepada pemohon-pemohon yang mahu mengeluarkan wang daripada dana simpanan itu.
Di dalam ucapan perbahasan menyokong belanjawan 2021 dahulu Kepimpinan Barisan Nasional menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran “one-off” hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP selain melanjutkan moratorium sehingga Jun 2021.
Namun selepas belanjawan berkenaan diluluskan, perlaksanaannya tidak menurut permintaan rakyat yang disuarakan oleh Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional dimana kumpulan berkenaan telah mengenakan 2 kategori pengeluaran dengan beberapa syarat yang tertentu yang harus dipatuhi penyimpan.
Rentetan daripada keputusan itu, kepimpinan Barisan Nasional terus menyuarakan permintaan rakyat walaupun parlimen kini tidak boleh bersidang ekoran proklamasi darurat yang dikuatkuasakan sejurus selepas pengumuman peintah kawalan pergerakan ( PKP 2.0) yang bermula 21 Januari sehingga 4 februari yang kemudian disambung sehingga 18 Februari ini
Syabas kepada kepimpinan dan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang terus menyuarakan permintaan rakyat dan pastinya usaha itu tidak akan terhenti dan kini usaha untuk mendidik rakyat untuk berbelanja secara berhemah dan tidak menyalahgunakan Kelonggaran kewangan yang diberi di dalam menghadapi cabaran norma baharu kehidupan ekoran penularan wabak covid-19 kini.
Bak kata Pengerusi BN Tugas BN dalam memperjuangkan hak dan keperluan tidak akan terhenti dan akan diteruskan dengan desakan terhadap moratorium.
Kepada Elya KWSP banyakkan senyuman selepas ini katanya lagi
Discussion about this post