Pengundi di DUN Sedili dan DUN Johor lama diharap dapat memberi peluang kepada calon baru Barisan Nasional (BN) di DUN tersebut untuk menjadi wakil rakyat mereka pada PRN Johor kali ini.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Mhd Ali Piee berkata tambahan pula selama ini terbukti hanya kerajaan BN sahaja yang boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“UMNO bahagian meletakkan harapan yang tinggi terhadap kedua-dua calon BN di DUN Johor lama, Norliza Noh dan DUN Sedili, Muszaidi Makmor supaya menang.
“Tambahan pula kedua-dua DUN ini sebelum ini adalah kubu kuat UMNO dan kita harap rakyat di dua DUN ini akan terus menyokong calon BN.
“Berilah peluang kepada kami calon BN. Telah terbukti yang kita dapat lihat selama ini hanya kerajaan BN sahaja yang boleh beri perkhidmatan terbaik buat rakyat,” katanya kepada BN Comms.
Mhd Ali berkata sehingga hari ini pergerakan calon di dua DUN itu amat baik dengan usaha giat dilakukan bagi memperkenalkan calon baru itu kepada para pengundi.
“Dari segi keseluruhan kempen kita berjalan dengan amat baik dan diterima masyarakat. Masyakarat mahukan calon muka baru di sini dan kita telah pun tampilkan mereka calon baru.
“Oleh itu kita harap masyarakat akan berikan undi kepada calon BN dan manakala bagi calon sendiri kena beri perkhidmatan sebagaimana masyarakat perlukan dengan sebaiknya,” katanya lagi.
Discussion about this post