Pengundi bagi Piliharaya Negeri Johor dinasihatkan untuk mengundi awal ekoran cuaca yang tidak menentu ujar Calon Barisan Nasional (BN) Kempas, Datuk Ramlee Bohani.
Beliau yang ditemui ketika melawat pusat pembuangan undi awal di Balai Polis Kempas baru-baru ini berkata melihat kepada keadaan cuaca yang seringkali hujan di sebelah petang muktahir ini kalau boleh pengundi dapatlah keluar di sebelah pagi.
“Kalau boleh pengundi-pengundi dapat keluar awal pada sebelah pagi dan undilah parti yang betul-betul dapat memberikan kestabilan masa depan,” katanya.
Menyentuh mengenai perjalanan kempennya, katanya hampir keseluruhan kawasan di DUN Kempas sudah dilawati.
“Alhamdulillah, sepanjang gerak kempen yang saya hadiri, sambutannya amat memberangsangkan dan mudah-mudahan ianya akan diterjemahkan kepada Barisan Nasional dan kita mendapat kejayaan pada 12 mac nanti,” katanya.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas dan Tiram menyaksikan persaingan sengit dengan pertandingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.
Kerusi DUN Kempas menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ramlee Bohani, Napsiah Khamis Maharan (PKR), Nornekman Osman daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Nur Faizal Abdullah mewakili Perikatan Nasional (PN) dan tiga calon Bebas iaitu Mohd Azwan Abd Rahman, Mohd Suhimi A Rahman dan Mohd Hambali Munadi.
Dalam pada itu, seorang peguam yang ditemui di Kempas berkata pasti banyak perbezaan yang dilihat sepanjang pasca 22 bulan Pakatan Harapan Memerintah.
Jagveer Singh yang kini berumur 30 tahun berkata beliau menyokong Barisan Nasional kerana ianya suatu gabungan parti yang sangat stabil dan terbukti ketika BN mentadbir negara ketika dahulu.
Katanya tempoh berkempen yang berbaki 3 hari lagi pastinya akan digunakan oleh parti-parti yang bertanding, justeru beliau mengajak untuk rakyat Johor berfikir sebelum membuang undi sabtu ini dan lihatlah parti mana yang betul-betul mampu membela nasib rakyat.
“Tahun 2017 lebih baik dari tahun 2018 dan tahun berikutnya, sebab itu saya melihat parti barisan Nasional adalah suatu parti yang memang terbukti mampu untuk memerintah Malaysia dengan stabil,” katanya.
Discussion about this post