Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menarik perhatian umum apabila ramai pengundi muda keluar buat kali pertama untuk mengundi susulan pelaksanaan Undi 18.
Rata-rata anak muda begitu teruja dan bersemangat untuk menjadi salah seorang pengundi.
Ini kerana pentas PRN Johor menjadi medan pertama buat mereka untuk menyuarakan hasrat anak muda dalam memilih parti mana yang bakal memimpin kerajaan negeri.
PRN Johor adalah pilihan raya pertama di negara ini bagi anak muda merasai sendiri pengalaman keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat membabitkan 173,177 individu berusia 18 hingga 20 tahun.
Kebenaran untuk anak muda mengundi kali ini adalah susulan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik diluluskan pada Mac 2019.
DUN Johor dibubar pada 23 Januari lalu dan penmaan calon telah berlangsung pada 26 Februari 2022.
Discussion about this post